Tuesday, June 26, 2012

memang.

saya suka online.
ok. 
mungkin obses.
errr.
bila saya tak dapat online dua hari, saya dah rasa macam tak keruan.
pegi cari tempat ada wifi kat pekan.

kawan2 keep usik cakap sy ni pelik, ekstrim, 
errr.
rasa annonying.
setiap orang kan ada preference masing2.
selagi saya tak buat benda yg berdosa,
x boleh ke mereka hormat preference saya.

hati marah membara.
cuba relaks.
cuba fikir dgn rasional.
errr.
mungkin mmg salah saya.
mungkin saya mmg ada obsesi.
mungkin saya ekstrim.
marilah kita cuba bersangka baik dgn gurauan kawan2 kita.
mereka bukan musuh,
apa yg mereka cakap mestilah untuk kebaikan kita.

kawan2, maafkan saya.
saya dah teremo.
saya akan tutup laptop dan sambung sembang dgn korang. 
saya bukan nk bajet baik.
but, i'll take the blame. 
mungkin preference saya tu x bagus untuk saya.

senyum. :)

assalamualaikum. :D

Saturday, June 23, 2012

tired. :) :) :)

tapi, puas hati dgn keletihan hari ni.
berbaloi-baloi.
:)
dapat tambah banyak sgt ilmu.
yay! \(^_^)/

byk homework nak kena buat.
1. samak, dalil. pandangan2 4 imam. paling penting nabi cakap pe?. hehe. a long entry soon. :)
2. solat jamak dan qasar. 3 farsakh?. jeng.jeng.jeng.

dua ni dulu. 
pastu nk beli bible satu. 
nak study sikit2. :)

x sabarnye nk sem depan. nk ambik kelas tajwid ngn kelas mandarin. 
boleh kenakan bro firdaus. haha. :D
boleh faham cosmate cakap pe. :)
boleh buat dakwah dgn lebih berkesan mungkin. yay! ^^

badan mintak rehat. 
assalamualaikum. :)

jumpa ramai orang cantik hari ni. 
:) 




Thursday, June 21, 2012

oh, i cant resist myself!

from posting this! 
haha. 
ini super cute namanya! 
mestila kene post. 


siapalah lelaki berkaca mata baju merah, kain pelikat purple ni? hehe.
errr. 
haha.


for more cute doodle boleh tgk kat sini. best woooo. 


malam tadi dgn pagi tadi dah dimanfaatkan sepenuhnya! yay! 
terima kasih sahabat. xoxo
jom manfaatkan cuti semester ni sebaik mungkin.
inshaAllah. :) aminn.


assalamualaikum. :)

to-do list. wish-list.:D

saya ada beberapa buku untuk dihabiskan.
1. tafsir ayat ahkam
2. mukmin profesional


saya ada beberapa buku nak dibeli
1. hadis 40 imam nawawi
2. indahnya hidup bersyariat


saya ada beberapa surah nak hafal
1. al-mulk
2.surah2 pendek. :)


saya ada beberapa perkara nk buat bila sem bukak nanti
1. masuk kelas mengaji+tajwid
2. masuk kelas mandarin


wow!. seronoknye nak buat sume ni. yay! \(^_^)/

Tuesday, June 19, 2012

kalau.

kalaulah mereka tahu,
betapa sukarnya,
saya berperang dengan perasaan sendiri.
susah taw. letih. sakit.stress. 
:(


pasti mereka tak ungkit pasal tu.
atau bercakap tentang itu.
huhu.


tapi mereka tak tahu.
jadi, dimaafkan.
lagipun, memang salah saya sendiri.


locus coeruleus je eh ad kat brain?
panic button penting.
tapi delete button pun penting jugak.
ada benda, 
kadang2 saya harap saya boleh delete.
saya xnk ingat.


hmmm. mengarut je. 


takpe irah. 


Allah xkan bebankan sesorang melainkan sesuai dgn kesanggupanNya. [23:62]


marilah kita sambung hafal physio ni. bismillah.


assalamualaikum :)



kasih sayang.

:) comel kan?. 
hehe. :)
esok saya ada test. 
bismillah.

assalamualaikum. :)

Monday, June 18, 2012

hmm.

banyaknye program2 bes yg sy terlepas.
lepas satu, satu.
isk.isk.isk.


mula2 rays of faith, lepas tu IDT2, pastu mustolah hadis, training dakwah al-khadeem, seminar al-fatih.
adesss. 


disebabkan kekangan masa,
komitmen sbg seorg pelajar.
huhu.


hukhuk.
takpe, amanah dulu irah.
inshaAllah nanti ada rezeki boleh join lagi program2 best tu okeh.
:)

Sunday, June 17, 2012

first step. :)

dalam hati ada taman lah.
:)

tiba-tiba, sorang housemate dtg kt bilik.
'irah, aku rasa kan, pasni aku dah xnk ngumpat dia lagi. aku xnk tambah dosa aku lagi dgn mengata dia'.

waaaaaaaaaa. gembiranya.
akhirnya, usaha membuahkan hasil.
after we had long discussion about kiamat, about grunge, about parent, about hereafter, about bad-mouth. 
she decided.
not only her.
but, also the other her.
she decided to start think more positively and live positively.

mungkin,
akan ambil masa.
sikit2, 
tapi takpe,
lama2 sy percaya. 
lebih byk perubahan  boleh dilakukan.
hehe.

Ya Allah, tetapkanlah hati sahabatku.
berikanlah mereka kekuatan untuk terus berjalan mencari redhaMu.
tuntunlah hati2 kami Ya Allah.
sesungguhnya, segala-galanya adalah milikMU.

ok, org yg bercakap ni pun lagi bertanggungjawab dgn ape yg dicakap.
so, brace yourself irah. there's are lots more to come, lot's more to handle, and lots more to repair. :) 
yay! \(^_^)/

and. i also decided. to forgive her. 
though she took him from me, from ibu, kak long, gege and adik.
i had decided.
to forgive and forget.
and let's live happily without any hatred. 

inshaAllah. 

:) 


assalamualaikum. :)

Thursday, June 14, 2012

jauhkanlah.

permusuhan antara kami Ya Allah.
jauhilah kami dari perasaan benci, buruk sangka, marah, dan dengki.


*sigh.


tak tahu nak cakap macam mana.
mula dgn krisis-krisis kecil.
tidak puas hati.
cakap-cakap belakang.


kami berpecah. menjadi jauh.
saya nak berhenti cari kesalahan dia.
start cari kesalahan kami.
saya dah doa.
supaya kami dijauhkan dari semua perasaan yg x best diatas.
semoga ukhuwah kami akan betaut kembali.


tapi, 
tadi hati saya terusik.
errr.
saya cuba elak pandang dye,
hati sy penuh dgn benci dan geram. :(
huhu.
saya biarkan syaitan kuasai hati saya.


Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.


ok, positif.
mungkin dia x berniat.
mungkin apa yg dia cakap tu betul.


saya dah dapat pengajaran hari ni.


tips: bila org cakap buruk tentang kamu. ambil sebagai pengajaran. cari kesalahan kamu. bukan dia. redha. ikhlas. doa kat Allah jauhkan dari hasutan syaitan. 
inshaAllah, kita akan lebih jadi insan yg bahagia. yay! \(^_^)/

Wednesday, June 13, 2012

saya bukan anti-kapel

tapi,
sy cuba sedaya untuk tidak kapel.
sebab, 
kalau anda punya cara yang lebih halal untuk bercinta selain berkahwin, silakan.
kalau ada lah.
sbab sy jugak pernah hampir ke situ, dan saya rasa there's no way. 
cukuplah. 
errr. anti-kapel lah tu kan?. err lagi.
statement tu saya selalu bg tahu kawan2 sekeliling saya, 
sebab saya tak mahu mereka rasa saya extrim,
lantas menjauhkan diri dari saya.
nak berdakwah, perlu strategi.
ni lah strategi saya. hehe. 
beli hati mereka, dgn kata2 yg lebih lembut tp bermakna. 
nasihat mereka dalam gurauan.
beri mereka contoh yg baik.
jika punya ruang untuk bercerita, 
saya akan bukak cerita tentang perkara yg lebih bermanfaat.
saya mahu mereka cinta Allah dulu.
sebab saya rasa tu adalah persoalan pokok.
kita lupakan tentang kapel, tentang aurat, tentang fiqh. 
sebab cinta Allah adalah persoalan tauhid. persoalan akidah.
saya mahu serang itu dulu.
saya mahu mereka sedar itu dulu.
sebab bila mereka sudah cinta Allah,
mereka akan sanggup.
buat apa saja demi Allah. Our Eternal Love.
fiqh bukan masalah lagi.
hehe.

kalau nak berlari,
kena berjalan dulu.
sebelum tu, kena merangkak.
step-by-step
kalau x ikut step, mmg xkn dapat berlari.
kan?
jadi, jom lupakan sekejap pasal aurat, pasal kapel.
kita mulakan dengan first step dulu okeh!
hehe.

sebab dulu sy juga selalu diberitahu tentang aurat. tentang kapel.
sampai saya rasa fed-up.
seperti islam cuma punya dua persoalan ini.
hanya bila saya cinta Dia.
saya faham.
saya nak buat Dia gembira, jadi saya nk tutup aurat dgn sempurna, dan bercinta dgn halal.
bukan cuma dua ini sahaja, tapi semua perkara yg buat Dia gembira dgn saya.
semua perkara yg buat Dia lebih dekat dgn sy.
semua perkara yg Dia redha. 
yay!

Ya Allah, ak ingin mencintaiMu. :)
lebih dari dunia dan segala isinya. 


say no to gosip murahan.picisan.
saya tak perlu tu semua.
saya perlukan seeorg imam. macam kat atas. hehe
dan sungguh, saya tak rasa bangga langsung dgn gosip2 murahan.
saya tak senang dengan semua itu. err. 

assalamualaikum.




Tuesday, June 12, 2012

looking for.

kat mana ye,
saya nak belajar ilmu agama secara serius. 
bukan setakat usrah,
bukan setakat ceramah.
bukan setakat tazkirah.
saya mahukan lebih. 

saya nk kelas macam kat sekolah.
belajar betul2.
pasal hadis.
pasal al-quran.
pasal fiqh.
pasal akidah.
pasal akhlak.

macam kat sekolah dulu. 

kat mana ye? 
mencari2. :(


Sunday, June 10, 2012

exactly. :D


Maybe your heart is broken so you remember and seek refuge with the Eternal Refuge, Allah (Subhanahu Wa Ta'Ala).
-islamic relection

Kun Fa Ya Kun

baca jurispruden,
baca. tido.tido. baca. tido.tido.
errr.
atas meja pun tido. atas katil lagi lah.

x boleh dibiarkan ini.
call ibu.
ibu cadang study smbil melompat. err.
xpun smbil mencangkung. err.
haha.
she's just trying to cheer me up.
comel la ibu ni.

solat.doa.ngaji.
dah lebih tenang.
tapi x cukup tenang utk sambung studi lagi.
nk baca sesuatu yg ringan,
ermmmm. diari!
hehe.

childish yet sweet.
bila baca balik how loyal i am towards that particular person.
rasa nk gelak guling2 pun ada.
kanak2 ribena btol. haha

tak nak cite pasal tu pun.
hehe.

reading back those motivated words i wrote inside
rasa cam kagum dengan old me.
super motivated.
believer.
faithful.
wow.
dulu, cita2 nk dpt 4.0.
percaya akan dapat dengan sepenuh hati.
wow.
walaupun x dapat pun, the difference only 0.05 je.
mmg excellent lah.
but, that was OLD ME.
*sigh.

lepas tu tros termotivasi.
Allah kalau nk bagi kita kekuatan macam2 cara Dia boleh guna.
sape tahu, dengan baca diari saya mula rasa nak pasang cita2 baru untuk dapat 4.0?
hehe.

piece of those childish yet inspiring words i used to tell myself. :)

irah nak sgt dapt 4.0 sem ni, irah tahu n sedar kalo kita nak sesuatu tu dgn sepenuh hati, kita mesti boleh dapat. irah ingat lagi time sem 1 asasi , irah cakap kat diri nk grad dari asasi dgn kepujian dekan. walaupun time tu irah cuma dapat 3.45 utk first sem. Mula2 rasa macam mustahil tapi irah usaha sedaya upaya and yes! I made it. 

wow!. i did it huh?

sape cakap mustahil. saya pernah lakukannya. 
no exception. awak masih org yg sama. ledih dewasa dan matang. 
awak boleh.
yay! saya nak grad dengan kepujian dekan okay! 
menang anugerah dekan. and make her proud of me. yay! 
that's my girl!
go girl power!
hehe.

inshaAllah.
tiada yg mustahil bila Dia cakap kun fa ya kun.
dan Dia x pernah hampakan hambaNya.
lagi-lagi kalau kita usaha, doa, dan tawakkal.
His Mercy. :)

assalamualaikum. :)

Saturday, June 9, 2012

Kalau diizinkan Allah...

... suatu hari nnti saya menjadi seorg ibu.
saya nk jadi ibu yg hebat.
errr. ibu yg hebat oke, bukan wanita yg hebat.
ye, dulu cita2 saya mmg nk jd TNC, lecturer berjaya, researcher yg dpt menyumbang pada pembangunan negara.
tapi tu dulu la,
hehe.
sekarang saya dah ada cita2 baru.
kalau jodoh sy xde, mungkin sy akan proceed dgn cita2 diatas. tambah lagi sikit. jadi pendakwah skali. hehe
tp, kalau sy kawin n ada anak,
sy bercadang untuk mengurangkan impian pertama.
yg tambah tu inshaAllah tetap nk teruskan dgn kadar yg berpada-pada.


saya nak lengkapkan diri dengan ilmu Quran n Hadis.
supaya saya boleh bentuk anak-anak mengikut acuan yg betul.
saya nak belajar masak makanan yg sedap dan berkhasiat.
supaya saya boleh masak makanan yg halal dan berkat utk anak-anak saya.
saya nak lengkapkan diri dengan ilmu2 dunia jugak.
supaya saya boleh ajar anak saya, bukan setakat a,b,c dan 1,2,3 tapi aljebra, calculus, anatomy, physiology jugak. hehe.


saya nak jadi seperti ibu imam abu hanifah, imam maliki, imam syafie dan imam hambali.
lebih dari itu saya nk contohi ummu mukminin. hehe


yes, jadi ibu yang hebat. bukan saja dunia, tapi akhirat jugak.
sebab saya percaya, 
khalifah yg hebat lahir dari seorg ibu yg hebat.


semoga saya berjaya melahirkan mujahid, dan mujahidah yang cemerlang dunia dan akhirat.
aminn. :) 



sejuk hati 1

sejuk hati 2

sejuk hati 3 

sejuk hati 4

inshaAllah.
kalau diizikan Allah suatu hari saya punya kesempatan untuk mempunyai anak, 
semoga mereka akan menjadi penyejuk hati saya macam mereka2 ini. :D 

assalamualaikum. :)




Friday, June 8, 2012

tutup hati. :(

encik johnny depp cakap:
‎"You can close your eyes to the things you do not want to see, but you cannot close your heart to the things you do not want to feel."


errr. sungguh sy harap saya boleh tutup hati saya.
sedang cuba dgn segigih mungkin.
sedang cuba sibukkan diri sesibuk mungkin.
tp kenapa ad je rasa tu nk mencelah.

Dear Allah,
i don't want to remember anyone more than I do toward You and Prophet pbuh. 
please help me to let go of this feeling.
aminnn. :(

Thursday, June 7, 2012

Doa. :)

sebenarnya, post yg vacation tu nak cte pasal doa. tapi dah termelalut pasal cuti la pulak. haha. jadi kita buat entry lain lah. hehe. 
entry ni pesanan untuk diri ini terutamanya, yg selalu lupa. yg selalu lepas dh habis dgr x reti nk amal, n x reti nk share dgn org lain. hehe. peace. :)


Doa. 
kita selalu berdoa kan?
tapi cemerlang tak doa kita?


hehe. hari ni jom share sikit macam mana nak doa yg cemerlang! hehe. :)
bukan doa utk cemerlang je, tapi doa pun kena cemerlang jugak. :)


bila kita berdoa, kena doa dengan: ikhlas.khusyuk.merendah diri.yakin.sabar.


ikhlas: bila doa, hati kena ikhlas, berlapang dada. natijah apa2 pun, kita serah pada Allah. bukan ke Allah penulis skrip terbaik?. Almighty scripwriter?. ingt x? hehe. :)
khusyuk: bila doa, kena la khusyuk, jgn la fikir benda lain, nk study ape ke hari ni, nak lunch ape ke arini. hehe. *pengalaman sendiri. 
merendah diri: bila doa kt Allah, doa lah dgn penuh rendah hati. rasa sikit kita ni hamba je. macam nak mintak pape dgn mak ayah, tertunduk2 kn?. ni kan apatah lagi, nak mintak dgn Allah tu. :)
yakin: bila doa, kena positif, yakin Allah akan makbulkan doa kita. husnuzon dgn Allah. :) 
sabar: bila doa, jgn tergesa2. hari ni baru start doa, nk Allah makbulkan esok dah. mana aci. kena lah sabar oke?. hehe. :) 


lepas doa tahu kan nk kena buat ape?: Tawakkal. Yay! \(^_^)/
inshaAllah. Dia akan beri yg terbaik utk hambaNya. :)


bila nak doa ni, kena lah ikut prosedur yg btol. kan nk doa dgn cemerlang!
study smart?. slalu dgr kan. doa smart?. hehe.


waktu2 yg doa mustajab:
bulan ramadhan, hari jumaat(yay!, esok jumaat. malam ni boleh lah tahajud: boleh doa), hari arafah, antara azan dan iqamat, lepas soalt fardhu, bila berpuasa, hujan. 
err, mungkin ada lagi, nnti tambah sendiri dalam list oke?


bila nak doa, mulakan doa dengan puji Allah, selawat ke atas nabi.
pastu ulang doa kita tu. biar Allah nampak kita sungguh-sungguh. 


tapi, jeng jeng jeng.
usaha jangan lupa. 
restu ibu bapa. mintak maaf dgn mereka. mintak mereka doakan kita. :)


sekarang kan musim xm, mesti dalam skrip doa kita ada nk cemerlang dalam exam kan.
jgn lupa doa cemerlang dalam exam, ilmu yg diperoleh tu berkat, pastu semoga ilmu tu inshaAllah kita boleh praktikkan suatu hari nnti. baru lah terbaik boboiboy! hehe. 

dan, dan, dan,
jom doa kita cemerlang kat dunia. dapat 4.0 flat. 
more than that, cemerlang kat akhirat. dapat 4.0 flat jugak.
ahhhh. seronoknye dapat 4.0 flat. :)
hehe. 


tadi ust. zuhaimi cakap. 


ad 7 golongan yg dinaungi arasy Allah, dan salah satunya: pemuda yg dekat dgn masjid.
aaaaaaaaaaaaa, sy nk dinaungi jugak. 
jom3!, selalu turun surau. :)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



rasanya tu je lah kot. hehe. sedang cuba.
mengingatkan diri sendiri.
mungkin utk org lain jugak. 
inshaAllah.
Assalamualaikum. :)


sumber: ustaz zuhaimi, 2012. surau khulafa' ar-rasyidin
sumber hadis: copy paste dr iluvislam.com

Vacation. :)

balik rumah mmg osem. super duper osem.
jadi macam tuan puteri mestila seronok.
blog pun x jenguk barang sekali.
haha.

hari2 pun ibu tanya irah nak makan ape?
hehe. sbnarnye ibu tanya cmni "kita nak makan ape eh arini?"
tp tahu, ibu mmg nk tahu ape yg sy nak makan. haha.

hmmm, ye sy x dapat nk puasa barang sehari pun kat rumah. :(
tp, bukan sbb xnk.
cuma cuba buat ibu rasa gembira.
teman ibu masak dan sembang,
rasanya tu antara perkara yg boleh buat ibu gembira.
masakkan lunch utk ibu.
mesti ibu rasa dia ada anak perempuan yg she can rely on. hehe
teman ibu g sarapan kedai feveret dye,
supaya ibu x rasa forever alone macam selalu.

hehe. 
ibu masakkan nasi kunyit, laksa penang, pulut durian. 
besnye dapat kasih syg byk mcm ni.
saya harap setiap hari pun macam ni.

pegi jemaah sama2 kat surau dgn ibu,
sembang isu semasa n bg nasihat dekat adik2,
sungguh. 
'maka nikmat Allah yg mana lagi yg engkau dustakan'

keluar makan kenduri, 
jupe saudara mara kt tunang ain,
keluar mkn secret recipe dgn ayah.

kalau x bersyukur jugak x tahu la irah oii. 
hehe.
well spent!
walaupun sy sentuh je notes bacte.
haha.
ok, masa utk tebus balik.
got to go.
assalamulaikum. :)

archieve:
dua org budak gemok. :)

pengantik cantik tu kawan saya. err. dh kawin. :)

budak gemok 2 dgn sepupu sy. err. dh tunang. :)