Sunday, March 25, 2012

Berhulu dari Allah, maka berhilir juga kepada Allah :)

dulu dah post, nak post jugak lagi. hehe. :)


Jika kamu menyukai seseorang, usahlah memberitahu si dia, kelak kamu akan kecewa.

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia, kelak kamu akan derita.

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah meluahkan di wall kamu, kelak salah orang yang membacanya.

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang, marilah meminta daripada Allah S.W.T., kerana Dia Maha Mendengar.

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T., siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua dan meletakkan nama-nama kamu di Lauhul Mahfuz untuk dijodohkan.

Berhulu dari Allah, maka berhilir juga kepada Allah :)
 




0 comments:

Post a Comment